1. Ringkasan
Do & Go ialah produk oleh ResmiPadi yang boleh digunakan tanpa pendaftaran akaun. Kandungan dokumen yang anda masukkan ke dalam Studio Do & Go tidak dihantar untuk disimpan pada pelayan ResmiPadi sebagai sebahagian daripada fungsi penjanaan dokumen.
2. Kandungan dokumen
Maklumat seperti nama, alamat, nombor invois, item, harga, nota, terma, tandatangan atau butiran lain yang anda masukkan digunakan oleh pelayar untuk membina pratonton dan menghasilkan dokumen. Do & Go tidak memerlukan akaun pengguna untuk fungsi ini.
3. Draft dan storan setempat
Untuk membantu pemulihan kerja sekiranya pelayar tertutup atau sesi terganggu, Do & Go menyimpan satu draft sementara pada peranti anda menggunakan IndexedDB. Draft tersebut mempunyai tempoh luput 7 hari dan boleh dipadam melalui fungsi Reset atau pilihan pemulihan draft yang disediakan.
Storan ini berada pada pelayar/peranti pengguna. Memadam data laman melalui tetapan pelayar juga boleh menyebabkan draft hilang.
4. Analitik dan data teknikal
Do & Go menggunakan Google Analytics dan Vercel Analytics untuk memahami penggunaan laman secara agregat, contohnya halaman yang dilawati, sumber trafik, jenis peranti atau maklumat teknikal berkaitan lawatan. Penyedia tersebut mungkin memproses data teknikal seperti alamat IP, user agent, pengecam atau teknologi pelayar mengikut konfigurasi dan dasar mereka sendiri.
Analitik ini berasingan daripada kandungan dokumen yang anda masukkan ke dalam Studio Do & Go.
5. Servis pihak ketiga
Sesetengah fungsi laman memuatkan skrip atau sumber daripada penyedia pihak ketiga, termasuk pustaka yang membantu menghasilkan fail PDF. Apabila sumber pihak ketiga dimuatkan, penyedia berkenaan boleh menerima data teknikal biasa yang diperlukan untuk menyampaikan sumber tersebut.
6. Pautan luar
Do & Go mungkin mengandungi pautan ke ResmiPadi atau laman pihak ketiga. Selepas anda meninggalkan doandgo.my, pengendalian data pada laman tersebut tertakluk kepada notis atau dasar privasi mereka sendiri.
7. Keselamatan dan kawalan pengguna
Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan peranti, pelayar dan fail PDF yang telah disimpan. Jika menggunakan peranti berkongsi atau awam, padam draft dan fail tempatan selepas selesai.
8. Perubahan notis
Notis ini boleh dikemas kini apabila fungsi Do & Go, penyedia analitik atau cara laman beroperasi berubah. Tarikh kemas kini akan dinyatakan pada halaman ini.
9. Hubungi
Untuk pertanyaan berkaitan privasi Do & Go, hubungi ResmiPadi melalui laman rasmi resmipadi.my.
Do & Go ialah produk oleh ResmiPadi. Halaman ini menerangkan penggunaan produk Do & Go dan tidak menggantikan nasihat profesional bagi situasi khusus.